Wednesday, 21 December 2011

Kaedah e-learning, masalah dan cabaran.


    Definisi e-learning ini sering kali berubah- ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa sekarang. Kadang-kadang ia berlaku salah penilaian  dalam iklan- iklan promosi pendidikan. Pembelajaran e-learning biasanya memang dikaitkan dengan penggunaan kaedah elektriktronik  seperti penggunaan internet untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.  Selain itu , ia juga dikaitkan dengan penggunaan video, tv interaktif ,tape video ,audio dan animasi. Kaedah pembelajaran ini mempunyai dua keadaan iaitu ketika bersama dan tempat berlainan. Di samping tiu, pembelajaran secara profesional juga berlaku dalam talian on-line iaitu discussion board ia seperti membincangkan suatu topik atau soalan yang diberikan oleh guru atau pengajar.
Perkembangan ‘E-learning di Malaysia Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara- negara barat dan Singapura. 

    Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usaha sama dengan universiti luar negara di mana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi. Di Singapura, ‘e-learning’ sudah berkembang dalam bentuk idea membangun ‘on line repository’ yang membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-learning’ yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line.
Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas.

  Namun, isu dan permasalahan dalam perlaksanaan ‘E-learning’ Adakah ‘e-learning hanya dapat dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia selepas semua cabaran yang disebut di atas diatasi. Adakah pelajar akan didedahkan kepada’ e- learning’ hanya selepas infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sepenuhnya? Beberapa isu dan permasalahan yang akan diperbincangkan dalam kertas kerja ini ialah: Akses / Kos Pengendalian Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan ‘e-learning’.

.   Kekurangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu juga agak merisaukan. Manakala, Bahasa Inggeris digunakan hampir 80% laman web (Media Asia: 176, 1999). Namun begitu, kepesatan ledakan era digital menyebabkan banyak portal tempatan diwujudkan. Contohnya, portal pendidikan seperti Utusan dan Berita Harian, Cikgu on line, persatuan ulama on line dan lain-lain. Kos Bahan / Infrastruktur Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian. Kos membaik pulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan.
  
     Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam menilai bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e- learning’, beberapa faktor perlu dipertimbangkan. Empat soalan yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan ‘e- learning’: 1. Adakah ianya mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer? 2. Adakah ‘screen design issues’ telah diambil kira? 3. Adakah kaedah penyampaian bahan ‘e-learning’ berkesan?

5 comments:

  1. E-learning mungkin merupakan satu lagi langkah untuk negara kita maju dalam bidang pendidikan. Pelajar-pelajar kini tidak perlu bersusah payah seperti pada masa lampau untuk mendapatkan maklumat atau ilmu. Segalannya boleh didapati melalui sistem komputer atau internet. Walaubagaimanapun, sistem belajar menggunakan guru masih diperlukan kerana ianya memerlukan emosi dalam pembelajaran. Jika menggunakan komputer, pelajar tidak dapat merasai emosi dalam berhadapan dengan guru. Penerangan tentang ilmu daripada guru dapat membantu pelajar memahami ilmu tersebut dengan lebih mudah dan senang diingat. Justeru itu, guru masih menjadi elemen penting dalam pembelajaran dan pengajaran.

    Umar Adli B. Amran @ Mohamad Zaki
    A128842
    FST/3

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.
    kaedah e-learning seharusnya diketengahkan oleh semua pihak seperti pihak kerajaan,pihak pengiklanan dan pihak2 yang berkaitan.
    ini kerana dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang teknologi ini.
    segala informasi yang saudara berikan ini amatlah berguna sebagai penambahan ilmu didada.
    saya berharap kaedah ini diteruskan dan diambil kira oleh semua orang.

    a129428
    hassan bin mustafa afifuddin
    atisan19.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Pelajar-pelajar kini tidak perlu bersusah payah seperti pada masa lampau untuk mendapatkan maklumat atau ilmu. Segalannya boleh didapati melalui sistem komputer atau internet. pada pendapat saya,itulah kepentingan dan kelebihan program pembelajaran sebegini.

    A133979
    wan nur ain bt.mat nasir
    fst/2

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..bagi pendapat akak..apa yang akak dapat dan terjemah hasil daripada subjek sem ni iaitu pengajaran dan pembelajaran. Skop e-learning ni bukanlah suatu yang baru tetapi sebaliknya sudah lama dipraktikkan di sekolah-sekolah elit namun masih lagi baru di luar bandar. Bagi akak, kaedah e-learning ini adalah penting untuk masa depan. Seiring dengan era globalisasi sekarang, semua maklumat hanya di hujung jari anda. Tidak mustahil , suatu hari nanti pembelajaran bilik darjah sudah tiada ada lagi sebalinya digantikan dengan di rumah sahaja. Selain itu juga, pembelajaran khusunya kuliah di IPTA juga mngkin akan berlaku hanya di depan laptop sahaja dan tidak lagi di dalam dewan kuliah sebgaimana sekarang. Kepentingan e-learning ini juga dilihat dari aspek budaya. Apa yang kita faham tentang budaya adalah melibatkan masyarakat. Melalui e-learning ini juga, budaya ict dan silaturahim akan dapat dijana secara tidak langsung . Selain menjimatkan masa, e-learning ini juga dilihat sebagai suatu yang dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penyampaian secara terus menerus akan lenih menjimatkan masa lagi berbanding dengan sistem pengajaran dn pembelajaran sekarang yang hanya berpusat di dalam satu ruang lingkup sahaja . Secara holistiknya, kepentingan e-learning adalah perlu untuk masa akan datang. Sesebuah negara maju akan dikur dan dilihat juga melalui penggunaan dan pengaplikasian teknologi dalam sesebuah bidang. InsyaALLAH, wawasan 2020 mampu digapai dan diperoleh :)

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, kedua-dua medium iaitu guru dan e-learning sangat penting dalam dunia pendidikan dan proses sosialisasi. Hal ini kerana kedua-dua medium ini membawa kebaikan kepada pelajar. Guru adalah sumber pertama dalam dunia pelajar tidak kira secanggih mana teknologi kerana guru mampu membuatkan pelajarnya memahami sesuatu pengajaran terutama pengajaran yang memerlukan pemahaman yang lebih dan guru juga merupakan "guru" kepada pengajaran nilai-nilai murni selepas ibu dan bapa. Manakala kebaikan e-learning pula ialah pelajar dapat mencari maklumat dan belajar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selagi tempat tersebut terdapat capaian internet. Selain itu, kaedah e-learning membolehkan pelajar merujuk maklumat tersebut berulang kali tanpa jemu kerana elektronik tidak seperti manusia yang mempunyai perubahan emosi. Oleh itu, penggunaan kedua-dua medium amat penting dalam melahirkan pelajar yang cmemerlang, gemilang dan terbilang.

    NOR NABIHAH BINTI SEDIK
    A132747, FSSK/2

    ReplyDelete