Monday, 14 October 2013

Pernah kau dibuang?



 Andai kata memiliki sebuah radio . Apa fungsi radio tersebut sudah tentu ia untuk memutarkan lagu. Pada setiap hari dikau membukanya untuk mendengar lagu kegemaranmu. Jadi tugas radio itu untukmu adalah untuk mengalunkan lagu. Apa yang akan dikau lakukan, andai suatu hari radio itu tidak berbunyi? Ertinya, ia tidak menjalankan tugasnya, atau sudah tidak lagi berfungsi. Pastinya radio itu akan dibuang dan diganti dengan radio yang baru. Manakah tempat radio yang tidak berfungsi itu tadi? Jawapannya di dalam tong sampah!

Dikau memiliki sebiji kereta. Fungsinya membawamu bersiar-siar melihat dunia yang dikau cinta. Pada hari kerja, ia membawamu tempat kerja. Pada hari hujung minggu, ia membawamu bercuti bersama keluarga. Jadi. Tugas keretamu itu adalah untuk membawamu bergerak ke mana-mana. Andai suatu hari, kereta itu rosak dan tidak berfungsi. Puas dibaiki, namun ia tetap tidak berjalan. Ia sudah tidak mampu bergerak. Ertinya ia sudah tidak dapat menjalankan fungsinya. Apa yang akan dikau lakukan dengan kereta itu? Pastinya dikau dibiarkan ia tersadai dibelakang rumah, atau dikau jualkan saja kepada si pengutip besi buruk!

Jom hayati firman Allah dalam surah Az-Dzaariyyat ayat 56

Dan aku tidak menciptakan jim dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku

Tuhanmu menggunakan kalam-Nya melalui kaedah nafi dan isbat. Mengerti? Daku jelaskan pada awal kalam itu Allah SWT menafikan segala fungsi atau tugas lain manusia dan jin itu dicipta olehnya, lalu Allah isbat semula, dengan menyatakan, ‘Selain’ mengabdikan diri kepadanya.
Ertinya, tuhanmu tidak menciptakan dirimu selain untuk mengabdikan diri kepadanya sahaja bukan? Ertinya, tugasmu hanya mengabdikan diri kepadanya, bukan kepada yang lainnya. Apa erti abdi? Ia beerti memperhambakan diri kepada Allah SWT serta beribadah untuk kepadanya.

Sekarang renungkan, fungsimu hanya satu iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT, Bayangkan, adakah dikau beribadah kepada Allah swt dengan sebaiknya? Atau tidak pernah sekali-kali beribadah kepadanya? Andai diseru untuk bersolat, pernah dikau penuhi? Andai tiba ramadhan, adakah dikau berpuasa pada siang hari? Apabila dikau berkemampuan, adakah dikau menunaikan haji? Andai tidak atau andai kurang berkualiti, sekarang tahukah dikau bahawa dirimu tidak berfungsi dengan baik atau langsung tidak berfungsi?

Ibarat radio tadi, yang fungsinya untuk mengalunkan lagu, apabila tidak berfungsi baik atau langsung tidak berfungsi, tempatnya di tong sampah dan kereta tadi yang berfungsi untuk membawamu ke sana ke mari, andai ia rosak tidak berfungsi, ia dijual timbang kpd pengutip besi. Sekarang, dikau manusia. Fungsimu hanya satu iaitu beribadah kepada Rabbi. Apabila ibadahmy tidak berkualiti atau dikau langsung tidak pernah beribadah kepada ilahi, ertinya dikau tidak menjalankan fungsimu itu, cuba renungkan di tong sampah manakah yang tuhanmu lemparkan dirimu? Pada pengutip besi manakah yang tuhanmu timbang jualkan dirimu? Tidak sekali-kali bukan?


Itulah erti kasih sayang Rabbi. Betapa tinggi dan teguhnya cinta-Nya kepada kita para hamba. Meski kerap lalai dengan segala perintahnya, namun pintu taubat daripadanya sentiasa terbuka menanti kepulangan kita. Biar kita tidak berfungsi namun kita tidak pernah disisihkannya. Namun mengapa kejam benar diri ini. Pada saat tuhan tidak menyisihkan dirimu, mengapa dikau menyisihkannya dari dalam hatimu? Siapa Dia dihatimu?

Siapa Allah di hatimu? Ibnu Rijal-

Friday, 11 October 2013

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman