Pernah kau dibuang?
Andai
kata memiliki sebuah radio . Apa fungsi radio tersebut sudah tentu ia untuk
memutarkan lagu. Pada setiap hari dikau membukanya untuk mendengar lagu
kegemaranmu. Jadi tugas radio itu untukmu adalah untuk mengalunkan lagu. Apa yang
akan dikau lakukan, andai suatu hari radio itu tidak berbunyi? Ertinya, ia
tidak menjalankan tugasnya, atau sudah tidak lagi berfungsi. Pastinya radio itu
akan dibuang dan diganti dengan radio yang baru. Manakah tempat radio yang
tidak berfungsi itu tadi? Jawapannya di dalam tong sampah!
Dikau memiliki sebiji kereta. Fungsinya membawamu
bersiar-siar melihat dunia yang dikau cinta. Pada hari kerja, ia membawamu
tempat kerja. Pada hari hujung minggu, ia membawamu bercuti bersama keluarga.
Jadi. Tugas keretamu itu adalah untuk membawamu bergerak ke mana-mana. Andai suatu
hari, kereta itu rosak dan tidak berfungsi. Puas dibaiki, namun ia tetap tidak
berjalan. Ia sudah tidak mampu bergerak. Ertinya ia sudah tidak dapat
menjalankan fungsinya. Apa yang akan dikau lakukan dengan kereta itu? Pastinya dikau
dibiarkan ia tersadai dibelakang rumah, atau dikau jualkan saja kepada si
pengutip besi buruk!
Jom hayati firman Allah dalam surah
Az-Dzaariyyat ayat 56
“Dan aku tidak menciptakan jim dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku”
Tuhanmu menggunakan kalam-Nya melalui
kaedah nafi dan isbat. Mengerti? Daku jelaskan pada awal kalam itu Allah SWT
menafikan segala fungsi atau tugas lain manusia dan jin itu dicipta olehnya,
lalu Allah isbat semula, dengan menyatakan, ‘Selain’ mengabdikan diri kepadanya.
Ertinya, tuhanmu tidak menciptakan dirimu
selain untuk mengabdikan diri kepadanya sahaja bukan? Ertinya, tugasmu hanya
mengabdikan diri kepadanya, bukan kepada yang lainnya. Apa erti abdi? Ia beerti
memperhambakan diri kepada Allah SWT serta beribadah untuk kepadanya.
Sekarang renungkan, fungsimu hanya satu
iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT, Bayangkan, adakah dikau beribadah
kepada Allah swt dengan sebaiknya? Atau tidak pernah sekali-kali beribadah
kepadanya? Andai diseru untuk bersolat, pernah dikau penuhi? Andai tiba
ramadhan, adakah dikau berpuasa pada siang hari? Apabila dikau berkemampuan,
adakah dikau menunaikan haji? Andai tidak atau andai kurang berkualiti,
sekarang tahukah dikau bahawa dirimu tidak berfungsi dengan baik atau langsung
tidak berfungsi?
Ibarat radio tadi, yang fungsinya untuk
mengalunkan lagu, apabila tidak berfungsi baik atau langsung tidak berfungsi,
tempatnya di tong sampah dan kereta tadi yang berfungsi untuk membawamu ke sana
ke mari, andai ia rosak tidak berfungsi, ia dijual timbang kpd pengutip besi. Sekarang,
dikau manusia. Fungsimu hanya satu iaitu beribadah kepada Rabbi. Apabila
ibadahmy tidak berkualiti atau dikau langsung tidak pernah beribadah kepada
ilahi, ertinya dikau tidak menjalankan fungsimu itu, cuba renungkan di tong
sampah manakah yang tuhanmu lemparkan dirimu? Pada pengutip besi manakah yang
tuhanmu timbang jualkan dirimu? Tidak sekali-kali bukan?
Itulah erti kasih sayang Rabbi. Betapa tinggi
dan teguhnya cinta-Nya kepada kita para hamba. Meski kerap lalai dengan segala perintahnya,
namun pintu taubat daripadanya sentiasa terbuka menanti kepulangan kita. Biar
kita tidak berfungsi namun kita tidak pernah disisihkannya. Namun mengapa kejam
benar diri ini. Pada saat tuhan tidak menyisihkan dirimu, mengapa dikau menyisihkannya
dari dalam hatimu? Siapa Dia dihatimu?
Siapa Allah di hatimu? Ibnu Rijal-

No comments:
Post a Comment