Sunday, 17 November 2013

SOLAT


Seorang yang tidak bersolat atau orang bersolat dalam keadaan Allah tidak terima solatnya(lalai)..Kalau dia bersedekah Allah SWT terima x sedekahnya? dan kalau dia berdoa Allah SWT terima x doanya? dia berpuasa Allah , Allah swt terima x puasanya? dan andai dia berjuang dalam perjuangan islam?...

shbt2 sebelum kita berbicara soal negara islam, sebelum kita bicara soal perjuangan islam...
kita harus menitikberatkan solat dalam diri kita...

Monday, 14 October 2013

Pernah kau dibuang?



 Andai kata memiliki sebuah radio . Apa fungsi radio tersebut sudah tentu ia untuk memutarkan lagu. Pada setiap hari dikau membukanya untuk mendengar lagu kegemaranmu. Jadi tugas radio itu untukmu adalah untuk mengalunkan lagu. Apa yang akan dikau lakukan, andai suatu hari radio itu tidak berbunyi? Ertinya, ia tidak menjalankan tugasnya, atau sudah tidak lagi berfungsi. Pastinya radio itu akan dibuang dan diganti dengan radio yang baru. Manakah tempat radio yang tidak berfungsi itu tadi? Jawapannya di dalam tong sampah!

Dikau memiliki sebiji kereta. Fungsinya membawamu bersiar-siar melihat dunia yang dikau cinta. Pada hari kerja, ia membawamu tempat kerja. Pada hari hujung minggu, ia membawamu bercuti bersama keluarga. Jadi. Tugas keretamu itu adalah untuk membawamu bergerak ke mana-mana. Andai suatu hari, kereta itu rosak dan tidak berfungsi. Puas dibaiki, namun ia tetap tidak berjalan. Ia sudah tidak mampu bergerak. Ertinya ia sudah tidak dapat menjalankan fungsinya. Apa yang akan dikau lakukan dengan kereta itu? Pastinya dikau dibiarkan ia tersadai dibelakang rumah, atau dikau jualkan saja kepada si pengutip besi buruk!

Jom hayati firman Allah dalam surah Az-Dzaariyyat ayat 56

Dan aku tidak menciptakan jim dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku

Tuhanmu menggunakan kalam-Nya melalui kaedah nafi dan isbat. Mengerti? Daku jelaskan pada awal kalam itu Allah SWT menafikan segala fungsi atau tugas lain manusia dan jin itu dicipta olehnya, lalu Allah isbat semula, dengan menyatakan, ‘Selain’ mengabdikan diri kepadanya.
Ertinya, tuhanmu tidak menciptakan dirimu selain untuk mengabdikan diri kepadanya sahaja bukan? Ertinya, tugasmu hanya mengabdikan diri kepadanya, bukan kepada yang lainnya. Apa erti abdi? Ia beerti memperhambakan diri kepada Allah SWT serta beribadah untuk kepadanya.

Sekarang renungkan, fungsimu hanya satu iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT, Bayangkan, adakah dikau beribadah kepada Allah swt dengan sebaiknya? Atau tidak pernah sekali-kali beribadah kepadanya? Andai diseru untuk bersolat, pernah dikau penuhi? Andai tiba ramadhan, adakah dikau berpuasa pada siang hari? Apabila dikau berkemampuan, adakah dikau menunaikan haji? Andai tidak atau andai kurang berkualiti, sekarang tahukah dikau bahawa dirimu tidak berfungsi dengan baik atau langsung tidak berfungsi?

Ibarat radio tadi, yang fungsinya untuk mengalunkan lagu, apabila tidak berfungsi baik atau langsung tidak berfungsi, tempatnya di tong sampah dan kereta tadi yang berfungsi untuk membawamu ke sana ke mari, andai ia rosak tidak berfungsi, ia dijual timbang kpd pengutip besi. Sekarang, dikau manusia. Fungsimu hanya satu iaitu beribadah kepada Rabbi. Apabila ibadahmy tidak berkualiti atau dikau langsung tidak pernah beribadah kepada ilahi, ertinya dikau tidak menjalankan fungsimu itu, cuba renungkan di tong sampah manakah yang tuhanmu lemparkan dirimu? Pada pengutip besi manakah yang tuhanmu timbang jualkan dirimu? Tidak sekali-kali bukan?


Itulah erti kasih sayang Rabbi. Betapa tinggi dan teguhnya cinta-Nya kepada kita para hamba. Meski kerap lalai dengan segala perintahnya, namun pintu taubat daripadanya sentiasa terbuka menanti kepulangan kita. Biar kita tidak berfungsi namun kita tidak pernah disisihkannya. Namun mengapa kejam benar diri ini. Pada saat tuhan tidak menyisihkan dirimu, mengapa dikau menyisihkannya dari dalam hatimu? Siapa Dia dihatimu?

Siapa Allah di hatimu? Ibnu Rijal-

Friday, 11 October 2013

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Thursday, 11 April 2013


CINTA FITRAH VS CINTA FITNAH.


Perasaan cinta dan kasih sayang atau dengan lebih jelas lagi ialah hati seseorang itu cenderung kepada sesuatu yang disukainya dan pastinya perkara yang menarik ia mampu menambat hatinya. Benci pula bermaksud perasaan yang jauh dari kasih sayang, atau keadaan yang boleh mendatangkan menyusahkan, merimaskan, meluat dan sebagainya. Benci boleh juga disifatkan sebagai positif bilamana ia tujukan kepada maksiat, kejahilan dan kemalasan.

Percayalah kita sebagai manusia biasa amat memerlukan kasih sayang itu, setiap orang mesti mempunyai orang-orang yang mereka sayangi tanpa cinta hidup ini tiada seri maka akan berlaku kerosakan sana sini jika dunia ini diciptakan untuk kebencian”. Dunia memang diciptakan dengan kasih sayang ia rahmat daripada Allah SWT.  Jika manusia itu mengenal tuhannya ,Dia akan mengetahui betapa Allah sangat cinta kepada Hamba-nya dan semestinya manusia itu akan sanggup terima ujian kerananya, Manusia itu akan sanggup buat apa saja demi membalas cinta ALLAH SWT..Kalaulah Pencipta itu manusia kenali…


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh manusia yang lengkap sempurna sama ada dari kita bangun tidur hingga kita tidur balik, segala-galanya Allah telah aturkan. Allah telah mencampakkan rasa cinta itu di dalam diri manusia dan bersedia untuk memenuhi keperluan tabi’i manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud( wahai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mengenal ) Al-Hujuraat: 13.
Islam juga amat menekankan rasa cinta dan kasih sayang sesama umatnya hingga sesiapa yang tidak mencintai saudaranya, seperti mencintai dirinya sendiri maka iman tidak sempurna.
   
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menjadikan tidak boleh tidur dan demam”{ Riwayat Muslim}


Perasan kasih sayang ini bermaksud bukanlah untuk memenuhi kehendak hati nurani semata-mata tetapi ia perlulah bersandarkan kepada Allah semata-mata , kerana Islam menitik beratkan tali persaudaraan. Jika rasa itu cinta hanya kerana Allah, pastinya apabila berpisah pasti tidak ada rasa kecewa kerana ia telah ditakdirkan. Itulah yang terbaik untuk seorang hamba itu , sesungguhnya masih banyak lagi hikmah yang tersembunyi. Cinta dalam islam tidak ada batasan waktu, tidak kira siapa insan itu, sama ada sahabat, rakan, teman, guru, dan keluarga kita sendiri.


Cinta fitrah itu khasnya ditujukan cinta sesama insan hanya mungkin boleh membawa bahagia ke alam Baqa. Jika ia betul sangat beruntunglah mereka yang berjaya mengapanya, Namun cinta yang paling hakiki dan dengan pastinya akan memberi kita kebahagiaan dunya wal akhirah ialah cinta kepada Al-khaliq, jika kita benar-benar menyintainya maka kita akan rasa indahnya mengingati-nya.. Tetapi hari ini betapa manusia mengharapkan cinta insan hingga melemparkan diri ke arah kehinaan,  kenistaan. Sedangkan cinta kepada Allah itu memberi manusia sepenuh kemuliaan. Dialah pemilik segala cinta {Remember me, I will remember you}. Berbahagialah jiwa-jiwa yang taat kepadanya, pasti tidak pernah ada erti kesunyian dalam hidupmu..Ingat!! Manusia yang kamu cintai pasti akan meninggalkan kamu satu hari nanti tiada ada yang kekal. Cinta kepada Allah merupakan tahap yang tertinggi hingga membawa kepada makrifatullah..

Tanda-tanda orang yang mencintai Allah swt ialah..
1.      Seseorang itu akan mendahulukan setiap pekerjaan yang diperintahkan oleh Allah swt berbanding dengan pekerjaan yang disukai oleh nafsunya.
2.      Seseorang itu rindu untuk bertemu dengan Allah swt(suka Pada kematian) dan tidak benci kepada kematian melainkan berharap untuk menambahkan lagi amal kebajikan.
3.      Seseorang manusia itu redha dengan Qada’ Allah SWT.
4.      Seseorang manusia itu benci terhadap dunia kerana dunia itu melalaikan dirinya daripada mengingati Allah SWT yang dikasihinya.

Fitnah( Ujian) Cinta sesama Manusia.

Fitnah yang menimpa seseorang kerana sebab cinta sesama manusia ini amat banyak sekali. Ujian cinta sesama manusia ini apabila Allah telah berfirman {Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di Sisi Allah-lah pahala yang besar }(Al- Anfal:28)

Cinta Fitnah pada asalnya sememangnya sungguh suci dan murni namun ia dinodai tanpa sesuatu ikatan yan sah dan telah mebelakangkan syariat. Cinta ini apabila timbul bermacam perasaan berbunga-bunga, rindu- merindui bab kata pujangga kalau x leh tgok tuannya..dapat lihat atap rumahnya pun jadi la..ini dah diketegorikan angau..hehe..so ,saya nak tanya saudara/ saudari? adakah cinta itu yang Allah mahukan? cinta yang belum pasti ke mana arah tujunya....jom kembali kepada fitrah cinta manusia sebenar-benarnya...:)

Semoga kita termasuk di dalam golongan mereka yang mencintai Allah dan dicintai oleh-nya pula serta apabila  mencintai sesama makluk semata-mata hanya kerana Allah swt dan Keredaan-Nya.
{Sesungguhnya orang-orang beriman adalah apabila disebut nama Allah( menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakan-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya Kepada mereka, bertambah( kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal} [An-Anfal: 2]

Saturday, 23 February 2013

Belajar sifat “Ikhlas” dari cerita Kiamat sudah dekat..


Belajar sifat “Ikhlas” dari cerita Kiamat sudah dekat..
Bismillahirahmanirahim


Cerita kiamat sudah kiamat pernah menjadi bualan merupakan yang bercorak islamik, yang menerapkan unsur-unsur dakwah dan cinta yang lebih menepati syarat syariat walaupun cinta itu, datang seorang pemuda yang jahil agama, namun akhirnya mengakui kebesaran Allah..mungkin itulah hidayah Allah yang datang dalam pelbagai cara, mgkin dengan kita membaca buku2 agama, mgkin dengan melihat sahabat kita yang beriman, dan apa cara sekalipun Hidayah milik Allah. Manusia tidak mampu untuk memberi Hidayah pada manusia lain hatta Nabi Muhammad SAW. Kerana tugas mereka adalah untuk menyampaikan dan memberi peringatan.

Firman Allah: dalam surah Yaasin ayat 17 & 18.
Yang bermaksud: "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata". Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Qur'an yang Aku sampaikan) itu. Al-Quar'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

Apa yang dapat perhatikan di dalam cerita tersebut banyak pengajaran yang perlu kita ambil iktibar bagaimana pentingnya berurusan dengan pemilik si dia iaitu bapanya(Haji Ramli) kerana cara itu lebih baik dan lebih mulia. Sebelum dihijab qalbulkan dia masih milik walinya sehingga kita melafazkan lafaz pernikahan yang mulia. Apa yang nak ceritakan adalah ilmu ikhlas? Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas. Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran. Ikhlas dari sudut istilah syarak ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apapun. Dah jelas kan? Mbuat sesuatu tanpa minta pembalasan, pernah x dgr mutiara kata berbunyi ikhlas itu, ibarat semut hitam, di dalam kegelapan ,di atas batu yang hitam...sshnya nk terzahir benda itu..

Kdg2 kita hanya membaca, faham makna tapi tidak ada praktikal , kita lebih untuk memahami apa itu ikhlas? Seperti dalam cerita itu, dia mencari makna ikhlas dengan hanya membaca tetapi itu tidak cukup untuk memahami apa itu ikhlas ,ikhlas perlu difahami, dirasai, dinikmati bukan untuk berkhayal sahaja, jgn sembang apa itu ikhlas, jika kita blum pernah merasainya…

……………………………………………………………………………………………………………….

Satu part yang paling tragis dalam mencari ilmu ikhlas bergantung harap pada Allah tanpa ada keraguan, akhirnya dia temui di sebalik kata2 ini…

“Allah, aku tidak ragukan kekuasaanMu, ombak dilautanmu yang tenang ini ,bisa seketika kau jadikan gelombang yang besar yang bisa menenggelamkan segala-apa pun mengampung di atasnya, aku tidak meragukanmu, dan jika engkau berkehendak kau bisa menerbitkan matahari dari barat dan tenggelam di timur, tidak ada yang sulit buatMu Allah…”

Dia telah mengakui dengan Ikhlas bahawa Kuasa Allah Maha Besar

Dan ingatlah…Hanya Allah yang mampu memberi kita kenal apa itu “ikhlas.”.pohonlah padanya..Kuasa doa amat besar., ingat itulah senjata kita orang mukmin..

Ke Makam Bonda


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan.


Jika menghayati bait2 lagu nie, serta membayangkan ibu kita telah pergi, apakah kita perasaan kita? benarkah kita anak yang soleh yang mengirimkan pahala apabila dia sudah tiada? ingat sahabat setiap insan pasti kan pergi meninggalkan dunia ini...ayuh kita sama2 buat yang untuk ibu kita, selagi dia masih hidup!!



Tafsir Surah Ad-Dhuha.



اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِا مُحَمَّدٍ

surah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah.

Hadith daripada Jundub RA, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW telah tidak bangun untuk berqiyamullail selama 1 atau 2 malam. Kemudian telah datang kepada baginda seorang wanita seraya bertanya, "Bagaimanakah syaitanmu wahai Rasulullah?" Nabi SAW diam. Setelah itu Allah telah menurunkan surah Ad-Dhuha sebagai jawapan kepada wanita tersebut. [Muttafaqun Alaih]

Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lag. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha.

Ayat 1:
Maksudnya - Demi waktu Dhuha
Penjelasan :

Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari)

Allah bersumpah pada waktu Dhuha kerana Ummu Jamil telah menyebarkan fitnahnya tentang pemberhentian wahyu pada waktu-waktu tersebut.

Ayat 2:
Maksudnya - Dan demi malam apabila telah sunyi
Penjelasan :

Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap)

Kerana telah bertanya wanita dalam hatith pertama tadi tentang waktu malam baginda.

Ayat 3:
Maksudnya - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Penjelasan :

Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah-fitnah terebut melanda.

Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam.

Allah menyayangi dan menjaga baginda sejak dari dalam kandungan hinggalah pada ketika surah itu diturunkan.

Ayat 4:
Maksudnya - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Penjelasan :

Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat.

Ayat 5:
Maksudnya - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Penjelasan :

Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga.

Ayat 6:
Maksudnya - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Penjelasan -

Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan ibu-ibu susuan dan orang-orang yang mendidik baginda sewaktu ibu baginda masih hidup.
Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib)

Ayat 7:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Penjelasan -

Muhammad bukanlah tergolong dalam golongan Nabi dan Rasul sehinggalah umur Baginda 40 tahun, 2 bulan, 12 hari.
Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul.
Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Ayat 8:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Penjelasan -

Nabi Muhammad SAW lahir dalam keluarga yang sangat susah lalu Allah menjadikan Nabi seorang yang kaya.
Dengan kurniaan Agama Islam
Dengan terbentuknya sebuah Negara Islam
Dengan perkahwinan baginda denag seorang saudagar yang kaya raya (Siti Khadijah).
Mempunyai para sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Agama Islam.
Dikurniakan segala kenikmatan syurga.

Ayat 9:
Maksudnya - Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.


Ayat 10:
Maksudnya - dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya

Ayat 11:
Maksudnya - Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur

Surah Ad-Dhuha paling afdhal dibaca ketika solat Dhuha.

Fadhilat surah Ad-Dhuha

Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT
Mendapat kemudahan hidup
Dikabulkan permintaan
Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.