Thursday, 11 April 2013


CINTA FITRAH VS CINTA FITNAH.


Perasaan cinta dan kasih sayang atau dengan lebih jelas lagi ialah hati seseorang itu cenderung kepada sesuatu yang disukainya dan pastinya perkara yang menarik ia mampu menambat hatinya. Benci pula bermaksud perasaan yang jauh dari kasih sayang, atau keadaan yang boleh mendatangkan menyusahkan, merimaskan, meluat dan sebagainya. Benci boleh juga disifatkan sebagai positif bilamana ia tujukan kepada maksiat, kejahilan dan kemalasan.

Percayalah kita sebagai manusia biasa amat memerlukan kasih sayang itu, setiap orang mesti mempunyai orang-orang yang mereka sayangi tanpa cinta hidup ini tiada seri maka akan berlaku kerosakan sana sini jika dunia ini diciptakan untuk kebencian”. Dunia memang diciptakan dengan kasih sayang ia rahmat daripada Allah SWT.  Jika manusia itu mengenal tuhannya ,Dia akan mengetahui betapa Allah sangat cinta kepada Hamba-nya dan semestinya manusia itu akan sanggup terima ujian kerananya, Manusia itu akan sanggup buat apa saja demi membalas cinta ALLAH SWT..Kalaulah Pencipta itu manusia kenali…


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh manusia yang lengkap sempurna sama ada dari kita bangun tidur hingga kita tidur balik, segala-galanya Allah telah aturkan. Allah telah mencampakkan rasa cinta itu di dalam diri manusia dan bersedia untuk memenuhi keperluan tabi’i manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud( wahai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mengenal ) Al-Hujuraat: 13.
Islam juga amat menekankan rasa cinta dan kasih sayang sesama umatnya hingga sesiapa yang tidak mencintai saudaranya, seperti mencintai dirinya sendiri maka iman tidak sempurna.
   
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menjadikan tidak boleh tidur dan demam”{ Riwayat Muslim}


Perasan kasih sayang ini bermaksud bukanlah untuk memenuhi kehendak hati nurani semata-mata tetapi ia perlulah bersandarkan kepada Allah semata-mata , kerana Islam menitik beratkan tali persaudaraan. Jika rasa itu cinta hanya kerana Allah, pastinya apabila berpisah pasti tidak ada rasa kecewa kerana ia telah ditakdirkan. Itulah yang terbaik untuk seorang hamba itu , sesungguhnya masih banyak lagi hikmah yang tersembunyi. Cinta dalam islam tidak ada batasan waktu, tidak kira siapa insan itu, sama ada sahabat, rakan, teman, guru, dan keluarga kita sendiri.


Cinta fitrah itu khasnya ditujukan cinta sesama insan hanya mungkin boleh membawa bahagia ke alam Baqa. Jika ia betul sangat beruntunglah mereka yang berjaya mengapanya, Namun cinta yang paling hakiki dan dengan pastinya akan memberi kita kebahagiaan dunya wal akhirah ialah cinta kepada Al-khaliq, jika kita benar-benar menyintainya maka kita akan rasa indahnya mengingati-nya.. Tetapi hari ini betapa manusia mengharapkan cinta insan hingga melemparkan diri ke arah kehinaan,  kenistaan. Sedangkan cinta kepada Allah itu memberi manusia sepenuh kemuliaan. Dialah pemilik segala cinta {Remember me, I will remember you}. Berbahagialah jiwa-jiwa yang taat kepadanya, pasti tidak pernah ada erti kesunyian dalam hidupmu..Ingat!! Manusia yang kamu cintai pasti akan meninggalkan kamu satu hari nanti tiada ada yang kekal. Cinta kepada Allah merupakan tahap yang tertinggi hingga membawa kepada makrifatullah..

Tanda-tanda orang yang mencintai Allah swt ialah..
1.      Seseorang itu akan mendahulukan setiap pekerjaan yang diperintahkan oleh Allah swt berbanding dengan pekerjaan yang disukai oleh nafsunya.
2.      Seseorang itu rindu untuk bertemu dengan Allah swt(suka Pada kematian) dan tidak benci kepada kematian melainkan berharap untuk menambahkan lagi amal kebajikan.
3.      Seseorang manusia itu redha dengan Qada’ Allah SWT.
4.      Seseorang manusia itu benci terhadap dunia kerana dunia itu melalaikan dirinya daripada mengingati Allah SWT yang dikasihinya.

Fitnah( Ujian) Cinta sesama Manusia.

Fitnah yang menimpa seseorang kerana sebab cinta sesama manusia ini amat banyak sekali. Ujian cinta sesama manusia ini apabila Allah telah berfirman {Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di Sisi Allah-lah pahala yang besar }(Al- Anfal:28)

Cinta Fitnah pada asalnya sememangnya sungguh suci dan murni namun ia dinodai tanpa sesuatu ikatan yan sah dan telah mebelakangkan syariat. Cinta ini apabila timbul bermacam perasaan berbunga-bunga, rindu- merindui bab kata pujangga kalau x leh tgok tuannya..dapat lihat atap rumahnya pun jadi la..ini dah diketegorikan angau..hehe..so ,saya nak tanya saudara/ saudari? adakah cinta itu yang Allah mahukan? cinta yang belum pasti ke mana arah tujunya....jom kembali kepada fitrah cinta manusia sebenar-benarnya...:)

Semoga kita termasuk di dalam golongan mereka yang mencintai Allah dan dicintai oleh-nya pula serta apabila  mencintai sesama makluk semata-mata hanya kerana Allah swt dan Keredaan-Nya.
{Sesungguhnya orang-orang beriman adalah apabila disebut nama Allah( menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakan-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya Kepada mereka, bertambah( kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal} [An-Anfal: 2]

No comments:

Post a Comment